SEJARAH SK DATUK WAN IDRIS
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
Sebelum merdeka, sekolah ini bergabung dengan
sekolah menengah dengan nama Segamat
Government English School di bagunan Segamat Secondary School (sekarang
Sekolah Tinggi Segamat). Pada September
1957, pentadbiran sekolah menengah dan rendah diasingkan.
Sekolah rendah diberi nama Bukit Hampar Primary School Segamat.
Jumlah muridnya 1035 orang dan mempunyai 22 buah bilik darjah. Pada tahun 1958, bilangan murid terlalu ramai
menyebabkan sekolah ini dipecah dua, satu sesi pagi dan satu lagi sesi petang.
Sesi sebelah pagi ialah Bukit Hampar
Primary School 1. Guru Besar
pertamanya ialah En.Soo Kum Chin dan En.Mohan Singh sebagai Guru Penolong
Kanan.
Pada bulan Januari 1958, Bukit Hampar Primary School 1 mendapat bangunan baru di Jalan Tahang Rimau dengan keluasan
tapak 9e; 7r; 6p mengandungi satu
bangunan papan yang mengandungi enam bilik darjah. Nama sekolah ditukar menjadi
Primary English School Segamat.
Tahun 1963, Primary English School Segamat II belajar di sebelah petang (sekarang SK Bukit Hampar). Pada tahun 1997, Primary English School Segamat I
bertukar nama menjadi Sekolah Rendah
Kebangsaan Datuk Wan Idris, sempena nama Menteri Besar Johor ke-9 (1 Oktober 1955-16 Jun 1959).
Tahun 1997, sekolah ini menggunakan bahasa
pengantar Bahasa Melayu dan namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris. Pada tahun 2004, Prasekolah mula dibuka dengan murid 16 orang. Pada tahun
2005, Prasekolah Pendidikan Khas
dibuka dengan dengan murid 3 orang. Program jQAF bermula tahun 2007.
Saya pernah belajar di sekolah ini pada tahun 1969 (Darjah 1) sehingga 1974 (Darjah 6). Seingat saya, Primary English School Segamat dan Bukit Hampar Primary School memang berkongsi bangunan sekolah. Sesi pagi dan sesi petang bergilir setiap tahun diantara PESS dan BHPS. Semasa saya di Darjah 6 (1974), nama sekolah Primary English School Segamat telah ditukarkan kepada Sekolah Datuk Wan Idris, Segamat. Setelah tamat sekolah rendah, pelajar dari SDWI akan menyambung belajar di Segamat Secondary School (Sekolah Menengah Segamat) yang kemudiannya menjadi Sekolah Tinggi Segamat.
ReplyDelete